Thursday, March 15, 2012

Khasiat Disebalik Meminum Teh





Teh sememang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia dan terutamanya untuk orang Melayu begitu juga dengan orang Cina. Tahukah anda, secawan teh mengandungi 30-40 mg kafein. Teh juga dikatakan bukan sahaja mampu menghilangkan sakit kepala dan sukar tidur malah tubuh badan juga akan menjadi lebih cergas dan segar.
Kelebihan-kelebihan minum teh
1. Kafien yang terkandung dalam teh lebih rendah berbanding kopi
2. Teh dapat membantu melancarkan pengaliran darah. Mereka yang  meminum teh (teh o) paling kurang 2 kali sehari mempunyai risiko yang kurang untuk diserang penyakit jantung.
3. Teh dapat menguatkan tulang. Mereka yang mengamalkan meminum teh lebih dari 10 tahun akan mempunyai tulang yang lebih kuat. Tak perlu susu Anlene lagi.
4. Teh dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.
5.  Teh tidak mempunyai sebarang kalori kecuali teh yang ditambah dengan gula atau susu. Jalan terbaik tambahkan madu lebah 
6. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisme badan dan mampu untuk membakar kalori sehingga 70-80


7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!




 

Pastinya anda pernah mengalami situasi dimana anda baru sahaja lepas makan tetapi anda cepat rasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan.
Tahukah anda, apakah punca yang menyebabkan anda nak makan banyak kali?
(1) Minum terlalu banyak minuman manis







Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah pun mendapat makanan yang secukupnya. Jadi ini yang menyebabkan anda cenderung untuk makan lagi walaupun baru sahaja lepas makan.
(2) Makan makanan bertin



Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi



Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan  selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran





Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.
(5) Tidak minum teh kurang gula



Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak



Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum anda makan, minumlah  air masak terlebih dahulu.
(7) Kebosanan



Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mereka  mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri anda kebosanan seterusnya anda cenderung untuk makan banyak.
Di harap setelah mengetahui punca kenapa anda makan banyak boleh lah anda cuba untuk mengelak perkara perkara ynag boleh merosakkan diet anda dan juga menambah berat badan anda.

Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Wednesday, March 14, 2012

Sumber Makanan Yang Membahayakan Kesihatan

Bahaya Makanan

Penggunaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:

a) Kerosakan gigi
b) Sembelit
c) Tekanan darah tinggi
d) Pembuluh darah tersumbat
e) Obesiti
f) Kenaikan tahap kolesterol

Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)



 
Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12. Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.

Jenis makanan: Ayam Goreng



 
Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak). Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Jenis makanan: Susu Kocak



 
Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.

Jenis makanan: Kentang Goreng



 
Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan.

Jenis makanan: Minuman Cola



 


Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat.
Sumber petikan daripada : http://anizyn.blogspot.com/2012/02/makanan-sedap-tapi-bahaya.html

Tuesday, March 13, 2012

Kaedah Mencegah Kanser



Berikut garis panduan yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk  Kanser dalam usaha mencegah bahaya  Kanser .
  1. Pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah  Kanser . Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan  Kanser . Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca  Kanser .
  2. Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang mengalas rahim). Ia juga boleh meningkatkan risiko  Kanser payudara dan  Kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.
  3. Jangan duduk sahaja di tempat kerja. Lakukan ‘latihan ‘ berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan, aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah  Kanser kolon,  Kanser payudara dan  Kanser paru-paru. Aktiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah  Kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.
  4. Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis  Kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas.
  5. Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan, bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makanan ini. Jika diproses secara minimum, makanan seperti bijirin dan nasi, menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, pula dikaitkan sebagai pelindung  Kanser . Kekacang pula merupakan makanan kaya protein dan sumber tambahan dalam diet mencegah  Kanser .
  6. Hentikan pengambilan alkohol bagi orang Islam, alkohol memang dilarang sama sekali. Ketahuilah, alkohol boleh meningkat risiko  Kanser mulut, farinks, larinks, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.
  7. Hentikan pengambilan daging merah kepada kurang daripada tiga auns sehari. Seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan untuk menggantikan daging merah. Pengambilan daging merah (daging lembu, kambing, biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko  Kanser kolon, rektum, payudara, prostat dan buah pinggang. Malah kandungan lemak yang tinggi dalam daging merah juga boleh menyebabkan banyak  Kanser lain.
  8. Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko  Kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingin menambah lemak dalam makanan, gantikan dengan minyak sayur-sayuran.
  9. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan  Kanser perut. Di Amerika Syarikat umpamanya, garam dalam diet datang daripada makanan proses seperti sup kering dan sup dalam tin, makanan dingin beku dan makanan berawet yang menjadi sumber makanan utama di banyak tempat.
  10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan aflatokesin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya  Kanser hati. Ini mungkin kerana makanan itu disimpan terlalu lama dalam keadaan panas atau lembap atau kerana melebihi tempoh.
  11. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet dan sekaligus mengurangkan risiko  Kanser perut.
  12. Kurangkan makanan yang disalai. Memadai ambil sekali-sekala makanan(daging atau ikan) yang disalai atas api serta daging yang diawetkan dan diasapkan. Makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan  Kanser . Makanan yang diawetdengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan  Kanser . Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan.
  13. Bagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.
  14. Jangan merokok atau mengunyah tembakau.
  15. Tembakau adalah penyebab utama  Kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan  Kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.
  16. Tidak perlu diet supplemen bagi yang patuh kepada saranan di atas, anda mungkin tidak perlu lagi makanan tambahan yang kaya beta-karotena, vitamin C dan salenium yang boleh mencegah  Kanser . Para penyelidik sendiri tidak menyarankan pengambilan supplemen sebagai usaha mencegah  Kanser kerana supplemen yang menggabungkan pelbagai kombinasi dan dos belum dijamin berkesan. Sebaliknya makanan yang kaya khasiat dan sebatian terutama sekali buah-buahan dan sayur-sayuran lebih digalakkan.

Soft Drink Pemicu Kanser Pankreas



Tahukah Anda akan bahaya soft drink? Orang yang sering mengambil minuman soft drink dua kali atau lebih dalam seminggu ternyata berisiko tinggi terkena kanser pankreas. Kenyataan ini merupakaan hasil penelitian yang dilakukan ke atas 60.000 orang di Singapura oleh University of Minnesota, sebagaimana dikutip dari Reuters.


"Gula jadi biang keladi. Namun, orang yang sering mengamalkan minum soda berpemanis secara berlebihan mengakibatkan gangguan kesihatan," kata Ketua Penelitian Mark Pereira dari University of Minnesota.

Menurut peneliti tersebut, tingginya kadar gula dalam soft drink dapat meningkatkan insulin dalam tubuh yang memacu pertumbuhan sel 
kanser pankreas. Insulin merupakan pemacu produksi gula yang dibuat dalam pankreas.
Pada jurnal Cancer Epidemiology, Biomarkers and Prevention, Pereira dan rakannya mengatakan bahwa mereka memonitor 60.524 orang lelaki dan wanita di Singapura Chinese Health Study selama 14 tahun. Selama itu,  kanser pankreas berkembang dalam diri 140 sukarelawan. Mereka yang minum soft drink dua kali atau lebih dalam seminggu berisiko terkena  kanser pankreas 87 persen lebih tinggi.

Kanser pankreas adalah salah satu jenis  kanser yang mematikan dengan 230.000 orang di dunia. Sebanyak 37.680 warga AS didiagnosis terkena jenis  kanser ini, 34.290 jiwa diantaranya meninggal. Bahkan, menurut The American Cancer Society, kemungkinan hidup selama lima tahun si penderita  kanser pankreas hanya sekitar 5 persen.

Pengguna dan pengamal minuman soft drink di Singapura juga dikaitkan dengan efek buruk kesihatan dari aktiviti merokok dan memakan daging merah yang tak terkendali. Sementara, penelitian lain mengaitkan  kanser  pankreas dengan penggemar daging yang dibakar atau panggang. 

Sejumlah peneliti percaya tingginya kandungan gula memicu  kanser . Sebab sel tumor menggunakan lebih banyak glukosa dari pada sel-sel lain.


Rawatan Dan Pencegahan Bagi Kanser Pankreas

Rawatan Kanser Pankreas

- surgeri: terpulang kepada lokasi kanser di atas pankreas, ukurannya dan tahap 
kanser tersebut.  kanser kepala 

pankreas boleh dibedah sekali gus dengan mengeluarkan sebahagian usus kecil, perut, hempedu dan limpa. Ini 

ialah suatu pembedahan yang besar dan rumit yang boleh dicuba jika 
kanser itu kecil dan belum lagi merebak. 

- Kes-kes pada tumor yang besar atau telah merebak boleh menggunakan kaedah radiasi dan kemoterapi.


7) Rawatan susulan: 

Mengkaji tahap petanda protin 
kanser 


8) Pencegahan: 

- mengawasi kencing manis dengan elok. 

- berhenti merokok

- membuat ujian darah untuk petanda protin 
kanser 


Petanda 
kanser adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun 

Kenali kanser pankreas




  • Annellies bersyukur suaminya semakin sihat.
Teknologi endoscopic ultrasound kesan kanser awal


PENGASAS Apple, Steve Jobs; aktor Patrick Swayze dan Michael Landon termasuk penyanyi tenor, Luciano Pavarotti adalah antara selebriti dan golongan ternama yang menderita dan tewas akibat  kanser  pankreas. Dikenali sebagai pembunuh senyap, kanser  pankreas bukanlah penyakit yang lazim berlaku berbanding barah jenis lain.
Masalah terbesar  kanser  pankreas adalah ia hanya dikesan pada peringkat serius. Ketika pembedahan dilakukan, ia sudah tidak berguna lagi. Akibatnya, pakar perubatan tidak dapat mengeluarkan  kanser  dari tubuh pesakit. Sehubungan itu, isu utama dalam kebanyakan rawatan  kanser  pankreas ialah untuk mengesan  kanser  berkenaan seawal mungkin.
Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Ryan Ponnudurai berkata, apabila pesakit mengadu sakit pada bahagian abdomen, ia harus disiasat segera.

“Merujuk kes terbaru saya November lalu, seorang pesakit rakyat Belanda menjalani ujian imbasan CT pada abdomen iaitu antara kaedah terbaik untuk menyiasat dan mengesan 
kanser  pankreas.

“Tetapi teknik ini kurang berkesan untuk mengesan 
kanser  di peringkat awal, lebih-lebih lagi ketika  kanser  masih kecil. Hanya selepas  kanser  membesar lebih dari dua sentimeter, imbasan CT mampu mengesannya. Sayangnya, ketika itu sudah terlambat untuk pembedahan,” katanya ketika ditemui kolum sihat di PCMC di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Ryan berkata, pesakit bagaimanapun sangat bernasib baik apabila 
kanser  yang ada pada pankreas dikesan melalui prosedur dikenali sebagai endoscopic ultrasound. Menurutnya, prosedur ini membabitkan rawatan skop seperti biasa di mana pesakit tidak perlu bermalam.
Melalui kaedah ini, pesakit diletakkan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika skop dilakukan. Pada masa sama, sampel tisu diambil untuk tujuan biopsy. Pesakit dibenarkan pulang sebaik prosedur berakhir.

“Prosedur ini memberikan saya banyak maklumat. Ia dapat mengesan sebarang 
kanser  mahupun ketumbuhan yang tidak dapat dikesan imbasan CT kerana ia terlalu kecil. Saya juga dapat mengkelaskan  kanser  mengikut peringkatnya dan terus mendapatkan sampel tisu.

“Tisu sangat penting dan saya sering menggelarkan keadaan ini sebagai tisu adalah isu. Ini kerana kita perlukan sampel daging (tisu) untuk merawat,” kata Dr Ryan lagi.


Beliau berkata, dalam kes pesakitnya, prosedur Whipple yang biasa dilakukan bagi kes  kanser  di kepala pankreas dikendalikan. Melalui prosedur ini, seluruh organ dikeluarkan bersama sebahagian perut, duodenum, nodus limfa dan beberapa tisu lain.

Hasilnya, semua  kanser  berjaya dikeluarkan dan   kanser  dikawal dari merebak. Prosedur ini kompleks dan berisiko kerana berdepan risiko komplikasi kebocoran, jangkitan, pendarahan dan masalah dalam perut.

Biarpun Dr Ryan mengajar pakar di Malaysia mengenai penggunaan teknologi endoscopic ultrasound, prosedur ini tidak banyak disediakan di pusat perubatan.

“Pengendalian cukup mudah dan tidak memerlukan sebarang pembedahan. Pesakit tidak perlu menginap di hospital lalu mengurangkan kos. Doktor juga boleh terus melihat 
kanser  , mengelaskannya dan menilai sama ada boleh dibedah atau tidak. Kita juga boleh tahu apakah ia membabitkan pelbagai saluran darah,” katanya.

Dr Ryan berkata, isu barah gagal dikeluarkan kerana pembedahan dilakukan lewat juga dapat dielak melalui penggunaan teknik endoscopic ultrasound.

“Isu seumpama itu dapat dielak. Jika tidak pesakit tambah derita kerana perlu sebulan untuk pulih dari pembedahan yang tidak berjaya. Padahal, kebanyakan mereka cuma ada enam bulan saja untuk hidup,” katanya.

Jelas Dr Ryan, teknologi endoscopic ultrasound diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak ramai yang mahir mengendalikannya. Malah, ada yang tidak tahu kewujudan teknik ini. Prosedur ini mampu mengkelaskan pelbagai jenis 
kanser  termasuk  kanser  paru-paru,  kanser  perut dan  kanser  pankreas.

Sehubungan itu, sikap berjaga-jaga dan bimbang melihat orang tersayang hilang berat badan mendadak atau sakit di perut dan abdomen perlu ada. Bawalah mereka berjumpa pakar perubatan untuk dikaji. Ini kerana antara gejala klasik 
kanser  pankreas adalah sakit belakang, hilang berat badan dan mendapat penyakit kuning. Lazimnya, apabila rasa sakit-sakit sudah melarat ke belakang, ia sudah melarat ke saraf pesakit.

“Saya fikir di mana-manapun di seluruh dunia, kita tidak tahu apakah kaedah yang lebih kos efektif untuk mengesan 
kanser  pankreas secara awal.

“Ini kerana 
kanser  pankreas tidak biasa berlaku. Tidak seperti  kanser  kolon, di peringkat antarabangsa, kami tidak menyarankan saringan  kanser  pankreas dijalankan ke atas semua orang.

“Sehubungan itu, nasihat saya, mereka yang mengalami tanda-tanda amaran seperti sakit belakang, hilang berat badan mendadak, hilang selera makan atau menghidap sakit kuning serta mempunyai ahli keluarga yang mengalami 
kanser  pankreas, lakukanlah pemeriksaan awal,” katanya.

'Usah lengah jumpa pakar'

KANSER pankreas lazimnya hanya dikesan di peringkat parah. Namun, bagi Frederik Riem Vis, 59, dan isterinya, Annellies Riem Vis, warga Belanda yang sedang mengikuti program Malaysia Rumah Keduaku sejak April lalu, keupayaan mengesan  kanser  pankreas di peringkat awal disifatkan pengalaman ‘berpantang maut sebelum ajal’.

Awal Ogos lalu, Frederik berjumpa doktor selepas merasa kurang selesa, sakit-sakit, hilang berat badan mendadak serta lesu sepanjang hari. Kemudian pakar perubatan mengarahkan prosedur endoskopi tradisional dan imbasan CT untuk mengesan masalah sebenar. Namun, kedua-dua keputusan berkenaan tidak menunjukkan sebarang keputusan.

“Saya hanya dinasihat untuk mengambil ubat seperti biasa. Bagaimanapun, rasa sakit makin menjadi-jadi dan kerap dirasakan di sekitar perut dan abdomen.

“Akhirnya, pada 4 Oktober lalu, saya dikejarkan ke PCMC dengan bantuan ambulans dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas disahkan mengalami demam denggi.

“Ketika berada di ICU, saya beritahu doktor mengenai rasa kurang selesa dan kesakitan berterusan di bahagian perut. Saya terus dibawa bertemu Dr Ryan. Beliau mencadangkan saya menjalani endoskopik ultrasound, antara teknik terkini mengesan pesakit dengan masalah perut dan biopsy selain imbasan CT,” katanya ketika ditemui kolum Sihat.

Frederik berkata, imbasan CT tidak menunjukkan sebarang keputusan, sebaliknya analisis endoskopik ultrasound mengejutkan dengan penemuan   kanser  yang masih di peringkat awal pada pankreas.

“Keputusan biopsy dan pandangan kedua pakar lain mengenai keputusan biopsy juga mengesahkan wujudnya   kanser  pada pankreas yang memerlukan pembedahan segera,” jelas Frederik yang kehilangan ibu dan bapa akibat   kanser  payudara dan ketumbuhan pada otak.

Berikutan dikesan awal, keadaan organ Frederik masih baik dan sesuai untuk prosedur berkenaan. Kebanyakan pesakit   kanser  pankreas di Malaysia, hanya berjaya dikesan pada peringkat serius dan pembedahan pada peringkat ini sudah tidak berguna lagi.

“Kami dalam dilema sama ada untuk menjalani prosedur pembedahan khusus yang dikenali sebagai Prosedur Wipply di Malaysia atau pulang ke Belanda.

“Jika di negara sendiri, kami dikelilingi saudara mara selain diberi sokongan moral sahabat handai. Namun, keyakinan dan kekaguman yang tinggi terhadap kepakaran dan kecekapan pakar di Malaysia mendorong kami untuk melakukan prosedur itu di sini,” katanya.

Frederik berkata, pada 19 November lalu, iaitu seminggu selepas disahkan menghidap   kanser  pankreas, pembedahan dijalankan tanpa perlu menunggu.

“Bagi kami orang Belanda, tidak perlu menunggu giliran adalah sesuatu yang jarang berlaku di kebanyakan hospital di sana. Prosedur berjalan selama enam jam itu lancar.

“Kami amat bersyukur kerana akibat berjaya mengesan awal, pankreas, saluran penghadaman dan sebahagian besar otot dapat diselamatkan. Ia cukup membantu proses penyembuhan saya. Hanya tuhan yang tahu betapa bertuahnya saya,” katanya.

Bagi Frederik yang mempunyai sejarah ahli keluarga penghidap   kanser  , beliau cukup sensitif dengan setiap perubahan luar biasa pada tubuh.

“Sejarah keluarga inilah yang membuatkan saya lebih berhati-hati dan cepat bertindak apabila tubuh memberi isyarat yang berlainan. Ini kerana kita sudah berumur tentu kita kenal badan kita.
“Nasihat saya, jika saban hari ada sesuatu yang sentiasa membuat tubuh merasa kurang selesa, jangan berlengah. Dapatkan bantuan pakar perubatan dengan segera.

“Anda pasti tidak akan menyesal kemudian hari,” katanya yang ditempatkan di ICU selama lapan hari sebelum dibenarkan pulang sebelum meneruskan rawatan kemoterapi dan radioterapi pula.



Tanda-tanda Tumor Mula Membesar



 


Gejala barah pankreas hanya muncul apabila kanser semakin membesar antaranya:

  • Sakit di bahagian atas abdomen akibat  kanser menekan saraf
  • Kulit dan mata menjadi kuning dan serta air kencing menjadi gelap dipanggil jaundice
  • Hilang selera makan, mual dan muntah.
  • Berat badan turun mendadak dan sering lesu.
  • Najis berwarna pucat dan kelabu serta ada lebihan lemak dalam najis.

Monday, March 12, 2012

Tanda-tanda Dan Gejala




Antara tanda tanda lain yang boleh dimanifestasikan oleh kanser pankreas ialah:

  • Thrombophlebitis (paraneoplastic sy. - [PNS])
  • Increasing Calcium - akibat peningkatan hormon paratiroid (PNS)
  • Portal hypertension (metastasis [M])
  • renal vein metastasis (M)
  • Hati menjadi besar (M)
  • limpa menjadi besar (M)
  • nod limfa menjadi besar dan sakit (M)
  • perut kembung air (ascites) akibat tekanan darah tinggi pada vena usus (portal vein)


Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/10/kanser-pankreas-carcinoma-of-pancreas.html#ixzz1oyVOlNgB